Friday 11 November 2011

TAKBUR.....

“Mungkin kan terputus di tengah jalan,mungkin kan terlerai tanpa ikatan”,..begitu jiwang sekali lagu yang sedang bermain di corong radio mengakibatkan Azmi hampir jadi gila.”Weyh Din,ko tolong tukar boleh tak?Apa kene layan lagu jiwang malam malam ni,nak mampus dah ke?”,kata Azmi kepada housematenya Din.”Aku nak keje pun susah tau tak”. 
Din yang sebelum itu sedang hanyut dalam khayalan cinta baranya tersentap dengan kata kata itu.”Ala lek la der.Aku nak tangkap leleh pun tkleyh ke?Ko tu cari la keje lain..”



Kini giliran Azmi pula untuk terdiam dan terpaku bagai kerang busuk.Mana mungkin dia mencari kerja lain selain pekerjaan yang sedang dikerjakannya sekarang ini.Nak mengharapkan sijil sijilnya apalah sangat.SPM pun tidak dia ambil secara penuh kerana baginya daripada mendapat keputusan gagal lebih baik dia tidak hadir.Maka dia mengambil langkah berani dengan menjadi penulis cerita cerita bergenre seram dan mistik kerana baginya di sinilah lubuk rezekinya dan bakatnya juga lebih terdorong ke arah ini. Dan sudah tentu sebagai penulis cerita ber genre seram ini,dia perlu banyak berjumpa orang bagi mencari kisah kisah menarik. Jika mengikut perancangan ,esok dia akan pergi ke Kedah kerana dia mendapat maklumat bahawa disana ada seorang pakcik yang mampu melihat berbagai mahkluk halus malah mampu berhubung dengan mereka tanpa ada halangan! Baginya untuk mendapatkan sesuatu cerita yang bagus tidak ada apa yang mampu menjadi penghalang. Biar hutan rimba sekalipun ,sanggup diredahinya bagi memastikan bahan yang diperoleh untuk dijadikan  cerita kelak , benar benar berkualiti dan bukan hanya kisah kisah seram picisan yang layak didengari oleh kanak kanan tadika sahaja..


.........................................................................

Kedinginan malam menusuk sehingga ke tulang sum sum membuatkan Azmi menarik erat baju panas yang sedang dipakainya. Setelah 8 jam perjalanan barulah dia sampai ke destinasinya. Itupun dia bernasib baik ada penduduk kampung yang sanggup menolongnya walaupun mereka kelihatan amat berat hati untuk membawanya ke destinasi yang ingin dituju..

“Huh.Kita dah sampai dah.Aku hantar kamu sampai sini sahaja.Selepas ini kamu berjalan kaki sehingga berjumpa dengan rumahnya..” kata lelaki yang menghantar Azmi ke destinasinya itu...
“Baiklah.. Terima kas.... “ belum sempat Azmi menghabiskan ucapan itu, lelaki terbabit  dengan pantas meninggalkan tempat itu...


“Apalah sial sangat tempat yang aku nak pergi ni, sampai semua orang tak sanggup nak datang dekat” bisik hati Azmi .. “Apa apapun, matlamat ku harus diteruskan”...
Tidak begitu jauh dia berjalan, lebih kurang 200 meter, Azmi melihat sebuah rumah usang, berbumbungkan nipah dan hanya diterangi cahaya malap dari lilin.... “Kemungkinan besar, inilah tempatnya.”  “Assalamualaikum...Assala...” .


” Waalaikumsalam” sahut suara dari dalam rumah itu.. Garau dan begitu kasar sahutan yang diberikan sehinggakan Azmi tersentak dan terdiam.. “Apa yang kamu tunggu di luar.. bingkas masuk ke dalam” ..
Tanpa membuang masa Azmi menurut lalu melangkah berhati hati masuk ke dalam kediaman usang itu..


“Pakcik ni pakcik Busin ye?Saya Azmi.. saya ada menghubungi Pakcik tempoh hari”
“Ya. Aku Busin. Dan ya, aku tau siapa kau .Aku tidak ingin membuang masa kerana banyak tanggungan yang perlu ku jaga. Jadi selesaikan segera urusan mu..”
Azmi sedikit kaget mendengar kata kata Pak Busin.. Tanggungan?? Bukankah dia menginap seorang di rumah ini...
“Er.. Baiklah pakcik.. Kalau pakcik tidak keberatan, saya ingin bertanya, sudah berapa lama pakcik menyedari pakcik mampu berkomunikasi dengan makhluk halus?”


“Masa bukan menjadi ukuran. Mereka telah lama berdamping dengan aku dan aku juga begitu. Mereka ku jamu dan mereka ku jaga..”


Setelah selesai bertanyakan beberapa soalan, Azmi cuba untuk meminta bukti dari Pak Busin berkaitan dengan kebolehannya itu kerana baginya dia tidak akan percaya sesuatu perkara melainkan tidak melihatnya melalui mata kepalanya sendiri... Namun begitu niatnya dimatikan cepat cepat kerana bimbang menyinggung perasaan orang tua itu pula.. Dalam hutan sunyi ni..buruk padahnya kelak,,

"BOMOH AUTA KESEORANGAN" .... demikianlah tajuk artikel siap ditaip oleh Azmi.. "Heh.. memang layak si busin ni aku buat macam ni.. Ada ke duk dalam hutan sorang sorang, and then expect orang percaya dia boleh cakap dengan hantu" kata Azmi berseorangan sambil menghadap meja studynya di rumah..

"Kau cakap dengan siapa tu Azmi oii" sergah Din yang mendengar Azmi seolah olah bercakap sebentar tadi.
"Takde siapa.Ni haa, artikel pasal bomoh yang aku jumpa haritu.Nampak benor nipunyee.Dah tua tua pun tak insaf lagi.Hehehe." jawab Azmi diiringi tawa yang panjang..

"Ish kau ni..kalau ye pun tak percaya, janganlah hina dia sampai macam tu. tak elok kita mengaibkan orang Azmi".....

"Apa apalah Din.o nak jadi baik sangat, buat artikel sendiri. Hehe.Busin oi busin..udahle menipu oi...hehe".....................



.............................................................................................................................................

“Asmara ini yang hanyutkan kita.....” seperti biasa Din sedang melayan lagu jiwang kegemarannya  apabila tiba tiba tedengar ketukan keras dari dalam bilik temannya Azmi.. "Dum Dum"..seolah olah sesuatu sedang dihentakkan ke dinding bilik itu..

Bingkas Din bangun lalu menuju ke arah bilik rakannya itu. "azmi..Azmi... kau ok tak ni? Bunyi apa tu?".. diam...
Tiada respond yang diterima dari Azmi... "Din..ergh....jangan pak..jangan..pak!!!!" tiba tiba kedengaran suara Azmi meraung dan merintih dari dalam bilik itu..

Azmi terkejut.."Kenapa pula dengan Din ni? Baru petang tadi ok je balik dari office hantar artikel tu... Azmi!!!"

Secara tiba tiba,Din merasakan tapak kakinya basah sedikit.. Lalu dia tunduk ke bawah dan melihat cecair merah pekat, berbau hanyir mengalir keluar dari pintu bilik Azmi.. "Ya Allah Azmi!!" pantas Din menerajang pintu itu dan apa yang dilihatnya ....... apa yang dilihatnya mampu meragut kewarasan....

Tubuh Azmi terjelepok di atas meja study nya.. Tubuhnya seperti di mamah sesuatu.. Hampir tidak dapat dikenali..Beberapa batang pensil ditusuk tusuk ke dalam badannya.. Bau darah bercampur dengan bau daging manusia yang bersepai memualkan.... Pitam.....




"Betul.. dia kena cucuk tau.hehe.sakit..cian dia....hehe".....

"Din ambil duit ni.. beli makanan ya?"

"Tapi dia sakit!! Kena cucuk!! Busin yang buat..jahat"...

"Haish, Din ni dulu tak begini, tapi semenjak rakannya mati,entah kenapa dia hilang kewarasan" kata seorang rakan yang bersimpati terhadap nasib Din...

Tiada siapa tahu bagaimana ia berlaku.Kalsifikasi kematian diletakkan sebagai pembunuhan ..Namun pembunuhnya? Sehingga kini masih tiada...

Dan Din.. terus begitu..membawa imej ngeri di dalam akalnya.. sehingga kelak mungkin tiba gilirannya pula...



CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA MATA. TIDAK ADA YANG DAPAT MENENTUKAN AJAL SESEORANG MELAINKAN  ALLAH S.W.T